Tuesday, November 4, 2008

APA NAK JADI NGN BUDAK2 ZAMAN SEKARANG NI

Beberapa minggu yang lepas Malaysia gempar dengan insiden pelajar membelasah guru di dalam bilik darjah.Kejadian yang berlaku di salah sebuah sekolah di Perlis Indera Kayangan itu begitu mengejutkan kita.Apa tidaknya guru yang sepatutnya dihormati dan disanjungi sanggup diperlakukan sebegitu rupa oleh pelajar sendiri.Mana letaknya nilai seorang guru di mata pelajar sekarang.Tak sanggup aku nak membayangkan apa yang bakal terjadi sepuluh atau dua puluh tahun akan datang.Terguris jugak hati aku bila dengar berita tu.Maklumlah ayah aku salah seorang insan yang bergelar guru jugak kat Malaysia ni.Bila jadi benda ni aku terfikir seolah-olah guru sekarang dah takde nilai.Ada tiada tak memberi kesan.


Satu kejadian lagi yang hampir-hampir membuat aku menitis air mata plak berlaku kat Dungun.Pergh..negeri kelahiran aku tu.Yang aku heran nya tu macam mana la budak perempuan dan lelaki yang siap pakai baju sekolah lagi tu tergamak buat benda tak senonoh tu kat sekolah.Kalau nak buat benda tu pun pergi la cari port lain.Sekolah tu kan institusi pendidikan yang korang semua harus hormati.Jangan cemarkan ia dengan aksi-aksi kamu yang menjijikkan.Please la.

Bila diperati betul-betul,boleh dikatakan tetiap hari kita dengar masalah sosial yang melanda remaja pada alaf 21 ni.Dari kes budak-budak yang main rogol-rogol ngan adik dia hinggalah kepada kes buang bayi yang tengah meruncing kat Malaysia sekarang ni.Aduhh..pening.Dengan melihat persekitaran malaysia sekarang ni aku pon terfikir gak la..selamat ke anak aku nak survive dalam masyarakat sekarang ni..????(patut ke aku ada anak pada masa depan..?)Soalan yang aku kena fikir dari sekarang.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa usaha pembinaan modal insan yang berkualiti di Malaysia ni gagal.Siapa sokong angkat tangan...


Tetapi dalam keriuhan orang ramai duk bercakap pasal human capital yang tak berapa nak jadi human kat Malaysia ni,aku bangga jugak sebenarnya.(Bangga bukan pasal budak sekolah gersang atau budak sekolah yang praktis boxing kat bilik darjah la hehe).Rupa-rupanya ada lagi pemuda pemudi harapan bangsa dan agama yang dalam proses walaupun bilangannya agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan pemuda pemudi anai-anai negara bangsa dan agama kat Malaysia sekarang ni.


Aku nak ucapkan tahniah kepada adik Norlailatul Jaaizah bt Mohd Nazir dari PASTI Al-Hayyu, Pachakan , Besut telah menjadi Johan dalam acara Pidato di Ihtifal Pasti peringkat kebangsaan telah diadakan pada 31 Oktober dan 1 November 2008 di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Mentalon, Alor Setar, Kedah.Harap-harap adik dapat menjadi "wanita besi" suatu hari nanti.Insya Allah.Tajuk pidatonya..huh..bukan calang2..hehe.."ISLAM SEBAGAI ADDEEN".Syabas dari kakak.

baca lebih lanjut

0 comments: