Friday, February 13, 2009

MARJERIN N MENTEGA

Marjerin pada asalnya bahan yang
dihasilkan bagi menggemukkan ayam
belanda (turkey). Apabila ia
menyebabkan kematian kepada haiwan
terbabit, orang yang melabur wang
mereka dalam kajian itu mahukan wang
mereka semula lalu memerah otak untuk
mencari jalan apa yang mahu dibuat
dengan barangan tersebut bagi mendapat
semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna
putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan
menjual kepada orang ramai sebagai
ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan
liciknya telah menghasilkan marjerin
dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara
marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu
tertarik! Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega
sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada
marjerin. Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung
pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut
Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan
banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi
berbanding marjerin kerana ia adalah
makanan tambah nilai! Mentega lebih
enak berbanding marjerin dan ia boleh
menaikkan rasa makanan lain. Mentega
sudah pun wujud selama berabad-abad
sedangkan marjerin terhasil kurang
dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang
marjerin. Ia sangat tinggi kandungan
asid lemak Trans. Meningkatkan risiko
penyakit jantung koronari sebanyak
tiga kali ganda. Ia meningkatkan
kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL
(kolesterol bagus). Marjerin menaikkan
risiko penyakit barah sebanyak lima
kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu
badan. Ia juga merendahkan respons
pertahanan tubuh serta keberkesanan
insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling
membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN
YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya
kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi
PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup
membuatkan saya mengelak dari memakan
marjerin seumur hidup saya dan setiap
barangan yang melalui proses
hidrogenasi (ia bermakna hidrogen
ditambah, mengubah struktur molekul
bahan). Anda boleh cuba melakukan
ujikaji ini: Belilah satu mangkuk
marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj
mahupun tempat teduh. Dalam masa dua
hari anda akan dapati dua perkara
berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak
juga lalat buah akan menghampirinya
(ia sepatutnya memberitahu sesuatu
kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau
bertukar baunya kerana ia tiada nilai-
nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang
tumbuh atasnya. Hatta satu
mikroorganisma juga tidak akan membiak
atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat
hampir kepada plastik. Mahukah anda
meleburkan bekas plastik dan menyapu ia ke
atas roti anda?

link

0 comments: