Dipetik dari JUSTKHAI
Entri ini agak menarik untuk dikongsikan. Makna dayus seperti yang semua orang tahu adalah lelaki yang takut pada perempuan. Contoh seperti si suami yang takut kepada bini. Hurm, harap Khai nanti takde la jadi macam tu. Taknak tidur kat luar weii.. Hehehe.
So dalam entri kali ni, Khai nak menyampaikan apa yang Khai tahu kepada korang semua. Sama-sama kita berpesan-pesan kepada kebaikan. Untuk panduan diri Khai sendiri dan mungkin juga korang semua. Apapun ingat, Saidina Umar RA pernah berkata yang sehina-hina lelaki adalah lelaki yang tunduk pada wanita. Jika ada lelaki-lelaki yang takut pada bini kat luar sana, mahukah korang menjadi lelaki yang hina. Dan tahukah korang bahawa lelaki dayus, tiada ruang’nya untuk bau Syurga Allah Swt. Nauzubillah..
Apapun dayus bukan saja bermaksud untuk lelaki yang takut kepada isteri atau lebih mudah lelaki yang takut kepada kaum wanita. Khai cukup benci bila dengar orang perempuan kata yang diorang ni setaraf je dengan kaum Adam. Agaknya mereka sedar atau tidak, mereka hanya dijadikan dari tulang rusuk Nabi Allah, Adam. Hanya tulang rusuk. Bagaimana boleh dikatakan setaraf. Jangan cakap korang setaraf dengan lelaki bila mana korang tak pernah mampu kencing berdiri. Hahaha. Gurau je wei.. Jangan marah yer coz entri ni bukan nak ‘down’ kan kaum wanita ke ape, cuma nak beri sedikit kesedaran.
Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz:
1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ’sporting’ yang memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, One In A Million, Mystarz LG dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Dayus ini hanya akan jatuh jika si suami dah tahu, cuma buat endah tak endah. Jika tak tahu atas kecurangan si isteri, maka takkan jatuh dayus itu di kepala si suami. Kepada korang wahai pembaca wanita di Justkhai ni, janganlah buat sesuatu yang men’dayus’kan kami kaum lelaki. Kadang-kadang kami sendiri tak sedar, apa yang kami lakukan membuatkan kami menjadi lelaki dayus yang tiada lagi ruang syurga buat kami. Nauzubillah.. Apapun if korang belum kahwin dan bujang trang tang tang macam Khai, dont worry kerana kita semua takkan jatuh dayus melainkan dah ada tanggungjawab pada mereka yang bergelar “wanita”..
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi, ertinya :
Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Ustaz tersebut berpesan, selepas membaca artikel ni pasti akan terdetik dalam fikiran korang ” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”.. Hurm, sebenarnya, apa yang penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Bukan sibuk nak mengata orang.
Khai teringat akan kisah saudara Khai yang rumah-tangga dia agak berkecamuk pada satu ketika. Hadir seorang Ustazah yang melihat apa yang menyebabkan rumah-tangga yang bahagia selama ini menjadi begitu. Kata Ustazah tersebut, dia dapat melihat setiap doa yang datang dari si suami, semuanya terawang-awang di langit. Tidak sampai kepada Allah SWT. Mengapa semua benda ni terjadi? Ini kerana, si isteri tidak bertudung yang membuatkan jatuh “dayus” kepada si lelaki. Hurm, lihat tu selain tiada ruang syurga kepada lelaki yang dayus, doa-doa mereka juga tidak pernah sampai kepada Allah. Apa lagi untuk diterima. Berbalik kepada kisah saudara Khai tadi, lepas si isteri bertudung, sehingga hari ini keluarga mereka kembali bahagia. Alhamdulillah. Harap kita semua dijauhkan daripada menjadi seorang lelaki yang dayus.
Pertahankan keluarga korang. Nabi pernah bersabda barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka matinya adalah mati syahid.. (Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Satu je soalan Khai kepada reader blog ni yang bermisai, korang tak dayus kan?
0 comments:
Post a Comment