Friday, January 2, 2009

BERITA TAHUN BARU

SAMBUTAN TAHUN BARU DALAM DUA DEFINISI YANG BERBEZA

Pelakon, pembaca berita televisyen antara 26 ditahan positif dadah

Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam. Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan. Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu lalu.
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pesta itu dihadiri kenalan pasangan berkenaan melalui jemputan khas dalam rangkaian laman web friendster. Menurut sumber, ketika serbuan tiga pasangan didapati berada di atas katil, manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar. Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara berumur 21 tahun turut ditahan kerana dipercayai menjadi pembekal dadah untuk pesta itu.

Artikel lebih menarik disini



Israel bom Gaza pada tahun baru



GAZA: Angka korban serangan Israel di Gaza mencapai 410, manakala 1,900 lagi cedera apabila pesawat negara Yahudi itu membuka lembaran tahun baru 2009 dengan meneruskan kempen pengeboman buat hari ke-6, semalam. Serangan udara terbaru Israel membunuh seorang daripada lima pemimpin utamanya, Nizar Rayan termasuk empat isteri serta empat daripada 12 anaknya. Pembunuhan Nizar dianggap membuktikan niat Israel menghapuskan pemimpin utama Hamas.





Rayan, 52, adalah profesor undang-undang Islam dan turut terbabit menyerang askar Israel. Malah, seorang anak lelakinya melakukan serangan bunuh diri menyebabkan dua pendatang Yahudi maut pada Oktober 2001. Di NEW YORK, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi tergempar selepas negara Arab mengemukakan resolusi mendesak Israel segera menamatkan serangannya, tetapi delegasi Barat menyifatkannya tidak seimbang malah mahu rundingan diteruskan. Dalam serangan hari ke-6 itu, pesawat Israel menyerang bangunan pentadbiran Hamas, manakala kereta kebal dan tenteranya berkumpul dekat sempadan. Akhbar Haaretz melaporkan, tentera Israel mensasarkan serangan balas darat besar-besaran dalam tempoh terdekat.

Khaibar khaibar ya Yahudi
Jundu Muhammad Saufa Ya’uud!!!
Khaibar Khaibar Ya Yahudi
Tentera Muhammad pasti akan kembali

0 comments: