Sekarang di mana-mana sahaja di Malaysia orang sibuk membicarakan tentang isu boikot barangan Israhell dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat.Isu boikot mula kedengaran kembali rentetan peristiwa serangan besar-besaran yang dilakukan Israel ke atas Palestin ketika rakyat dunia sedang sibuk menyambut tirai tahun baru 2009.Ada yang menyambut baik seruan tersebut malah ada juga terdengar suara-suara sumbang memperkecilkan dan mempermainkan usaha yang dilakukan untuk membantu saudara seagama kita di Palestin sana.
Baru-baru ini saya ada menghadiri satu forum yang di adakan di dewan kolej penginapan universiti saya.Pada permulaan forum telah ditayangkan video keadaan perang di Palestin sekarang.(walaupun pada mulanya tayangan tersebut diharamkan dilakukan di universiti saya atas arahan ’orang-orang kuat’ universiti saya.).Saya sendiri tanpa segan silu menitiskan air mata apabila menonton video tersebut.Namun apakan daya,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .Apalah yang dapat dilakukan oleh insan kerdil seperti saya ini.Dengan melihat tayangan video tersebut sekurang-kurangnya ia telah membangkitkan rasa insaf dalam diri saya bagaimana penderitaan bersilih ganti menimpa mereka di Palestin,Bumi Anbia.(Terima kasih kepada kakak-kakak,abang-abang dan sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus mengadakan tayangan video tersebut walaupun mendapat tentangan hebat ditambah herdikan serta cacian dari insan-insan jahil yang tidak mahu membantu kaum seagamnya sendiri.Moga Allah memberi ganjaran yang baik di sisinya)
Saya tertanya-tanya,sebagai ummat Islam merangkap saudara seagama sahabat-sahabat malang di sana,apakah sumbangan yang dapat saya lakukan untuk mengurangkan penderitaan mereka?.Ada juga saya bertanya kepada rakan-rakan saya apakah pendapat mereka tentang usaha memboikot barangan Israel yang sedang dilakukan ummat Islam seluruh dunia sekarang?Ada yang memberi jawapan positif.Ya,kita harus boikot.Hanya dengan menggulingkan ekonomi mereka sahaja kita dapat menumbangkan laknat-laknat itu.(Memandangkan kita sedia maklum ummat Islam hari ini amat ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan,jadi untuk menandingi mereka melalui kehebatan sains dan teknologi saya rasa itu amat mustahil buat masa sekarang.)
Tapi apa yang kurang enaknya ada juga yang memandang sebelah mata dengan usaha yang dilakukan ini.Kata mereka,kalau boikot semua barang Israel kita nak makan apa?Nanti peniaga-peniaga Melayu jugak yang rugi?.Tapi bagi saya,saya boleh hidup tanpa barang Israel.Lagipun bukan Israel yang memberi saya makan.Malah,bukan Israel juga yang memberi rezeki ke atas peniaga-peniaga di Malaysia.Semunya dari Allah.Yang penting ikhlaskan segalanya.Orang yang berjihad di jalan Allah.pasti akan berada di bawah lindungannya.
Ada juga di antara mereka mempersoalkan,komputer yang kamu guna sekarang juga berasal dari Israel.Yahoo,google semua itu produk Israel.Saya teragak-agak untuk menangkis hujah mereka.Apa tidaknya saya sendiri sedang menggunakannya semasa menaip artikel ini.Tetapi setelah difikir-fikir,untuk memboikot teknologi ini agak mustahil.Tidak seperti produk-produk makanan yang lain kita boleh mencari alternatif lain untuk tidak membelinya.Contoh terdekat yang telah saya lakukan,saya tidak lagi membeli Milo tetapi memilih Vico.tetapi bagi komputer,Yahoo mahupun Google mungkin kita tidak dapat mencari alternatif lain.Mungkin hanya dengan teknologi ini sahaja kita dapat berhubung denagn dunia luar.Apatah lagi kita sering menghantar email-email dakwah kepada rakan kita.Dengan teknologi ini jugalah kita dapat melihat sendiri bagaimana penderitaan sahabat kita di sana.Jadi berdoalah,moga-moga nanti ada cerdik pandai Islam yang mampu mencipta teknologi canggih bagi menggantikan produk barangan Israel ini.
Dalam usaha saya memboikot barangan Israel,ada juga di antara rakan-rakan saya kedengaran seperti mengejek dan mempermain-mainkan usaha saya ini.Mungkin juga mereka menggangap itu sebagai gurauan manja.Tapi,maaf,saya tidak bertoleransi dengan gurauan bernada sinis walaupun kalian teman baik saya.Cuba bayangkan jika anda berada pada situasi saya,dimana saudara-saudara seagama anda disembelih hampir setiap hari,barangkali anda bisa mengerti.Biarpun anda bukan saudara seagama saya,tidak tercuitka hati anda melihat mereka?Tiadakah nilai kemanusian dalam diri anda?Ya,sudah pasti ada jika anda seorang manusia bukan binatang.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
0 comments:
Post a Comment