Friday, February 13, 2009

APa keS ni..aku tatau Pom..?

KOTA TINGGI: Riwayat hidup sekeluarga `pocong’ Kampung Tembioh berakhir petang semalam, apabila lima objek misteri itu diburaikan sebelum kain kafan, kapas dan tali dibakar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini, manakala batu yang menjadi `isi perutnya’ dihumban semula ke sungai oleh pegawai agama daerah, pagi semalam.


Upacara ringkas yang dimulakan di tebing Sungai Johor ketika air surut itu disempurnakan sekumpulan petugas diketuai Pegawai Tadbir Agama Daerah, Mohd Taufik Samsudin dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abd Razak dan berakhir di Kampung Makam.

Hadir sama beberapa pegawai Jabatan Kesihatan, Majlis Agama Daerah dan jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Makam serta penduduk sekitar.

Seorang petugas yang menguruskan kawasan tanah perkuburan itu, Othman Markan, 39, berkata kerja membakar pocong itu dilakukan kira-kira jam 10 pagi sebaik mendapat arahan daripada jabatan agama.

Dia yang dibantu dua lagi rakan, berkata kain kafan dan kapas yang dileraikan itu dijemur atas permukaan jalan bertar sebelum kerja membakar dimulakan manakala batu bata terlebih dulu dikeluarkan sudah dicampak semula ke sungai.

“Walaupun kain kafan dan kapas masih lembap, tidak ada masalah untuk membakarnya. Kami gunakan minyak petrol dan kayu kering untuk membakar pocong itu.

“Alhamdulillah, tiada kejadian pelik atau gangguan sewaktu menjalankan kerja mengangkut dan membakar semua pocong itu. Sekarang, perkara ini sudah selesai semuanya,” katanya.

Upacara membakar pocong itu dijangka dapat menyelesaikan trauma penduduk kampung yang kononnya sering menghidu bau wangi di sekitar tebing Sungai Johor tempat pocong itu ditemui dua pemuda yang sedang menjala ikan pada Rabu lalu.

Sabtu lalu, Harian Metro dalam edisi Selatan menyiarkan berita penemuan menggemparkan masyarakat Kota Tinggi apabila lima `pocong sekeluarga’ terdiri daripada dua bersaiz dewasa dan tiga kanak-kanak, muncul tiba-tiba dari dasar sungai.

Kejadian itu turut menarik perhatian masyarakat luar daerah serta menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk setempat apabila ada penduduk mendakwa terhidu bau semerbak setiap kali melalui kawasan tebing sungai itu.

Bau wangi semerbak itu dikatakan berpunca daripada ketulan kecil kapur barus dan bahan wangian berwarna kuning dinamakan pacai yang dibungkus bersama kain dan kapas dalam badan pocong berkenaan.

Kerja mengkafankan mayat itu untuk tujuan pemujaan, sihir atau membuang saka itu dikatakan memerlukan perbelanjaan tinggi kerana bahannya susah disediakan dan upah bomoh juga mahal apa lagi membabitkan lebih daripada satu `mayat' yang dikafan.

credit to: harian metro

0 comments: