Friday, January 30, 2009

Si TaPaK SuLaiMaNn




..InsaN BikInI bOttOm PaLiNg BeBaL..
..MeeT At LasT..
..SpOngeBoB VerSi ManuSIa TakDe Ke..?.
..winDu SpoNgeBob..


Thursday, January 22, 2009

SaYa SuKA DiA

--saYa SuKa DiA --
--Tp Saya TaK CiNtaKan DiA--

--TaPi saYa Rasa Dia Tak Suka Saya --
--Saya Tak Kesah PoN--

--ReCeiVed CuTe LoLipOp FrOm MieMi--
--TaPi diA Tak bG LImaU pom kAt Aku--
(HeheyH...MieMi,KeeP The SecReT EyH)


--KauLah SahaBat KauLah TeMan--

--MaLam Ni saYa BeraNGKaT ke KamPonG HalamaN--
--GooGLEEEEEEee--

SedeY BetOl Mau TinGgALkan HosTeL
HosTEL Ini SaYa AmAnaHkan UntUk FeNNy
HaraP awak JagA leKloK
KlAu Tak Sy Luku KPalA Awak
Huwawaawa
GuwAu JerK

weLL
MidSeMbrEaK=LepAk2 Kat Umah...!


glitter-graphics.com

daa..

DONT WASTE YOUR FOOD







This is one more reason why we have to thank God for the food that we can have easily.
But in the otherhand....ironicly, we still waste the food that we buy
I feel very GRATEFUL for what I have today.......
We are so Blessed for the wonderful works of
'I felt very fortunate to live in this part of the world. I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I promise not to waste water. I pray that this little boy be alleviated from his suffering.


I pray that we will be more sensitive towards the suffering in the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us about how fortunate we are and that we must never ever take things for granted.

Think & look at this...when you complain about your food and the food we waste daily...' MAY ALL HUMAN BEINGS BE FREE FROM SUFFERING!!!!
Please don't break this, keep on forwarding it to all our friends. On this good day, let's make a prayer for the suffering in any place around the globe and send this friendly reminder to others.















PLEASE,
MY GREAT FRIENDS, DON'T BREAK THIS CHAIN, KINDLY SEND IT TO SOMEONE YOU LOVE, TO ENABLE HIM OR HER SEE WHAT GOD HAS DONE IN HIS/HER LIFE COMPARED WITH THESE KIDS' DEPLORABLE CONDITIONS.

TWILIGHT


WaNna ProPose Dis Logo 4 My CompaNy

Saturday, January 17, 2009

Kebiadaban Yang Melampau


Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

pig head in UMSebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 09Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.

"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 02Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.


Sumber: Malaysiakini

Friday, January 16, 2009

Berbaloikah boikot

Sekarang di mana-mana sahaja di Malaysia orang sibuk membicarakan tentang isu boikot barangan Israhell dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat.Isu boikot mula kedengaran kembali rentetan peristiwa serangan besar-besaran yang dilakukan Israel ke atas Palestin ketika rakyat dunia sedang sibuk menyambut tirai tahun baru 2009.Ada yang menyambut baik seruan tersebut malah ada juga terdengar suara-suara sumbang memperkecilkan dan mempermainkan usaha yang dilakukan untuk membantu saudara seagama kita di Palestin sana.

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu forum yang di adakan di dewan kolej penginapan universiti saya.Pada permulaan forum telah ditayangkan video keadaan perang di Palestin sekarang.(walaupun pada mulanya tayangan tersebut diharamkan dilakukan di universiti saya atas arahan ’orang-orang kuat’ universiti saya.).Saya sendiri tanpa segan silu menitiskan air mata apabila menonton video tersebut.Namun apakan daya,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .Apalah yang dapat dilakukan oleh insan kerdil seperti saya ini.Dengan melihat tayangan video tersebut sekurang-kurangnya ia telah membangkitkan rasa insaf dalam diri saya bagaimana penderitaan bersilih ganti menimpa mereka di Palestin,Bumi Anbia.(Terima kasih kepada kakak-kakak,abang-abang dan sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus mengadakan tayangan video tersebut walaupun mendapat tentangan hebat ditambah herdikan serta cacian dari insan-insan jahil yang tidak mahu membantu kaum seagamnya sendiri.Moga Allah memberi ganjaran yang baik di sisinya)

Saya tertanya-tanya,sebagai ummat Islam merangkap saudara seagama sahabat-sahabat malang di sana,apakah sumbangan yang dapat saya lakukan untuk mengurangkan penderitaan mereka?.Ada juga saya bertanya kepada rakan-rakan saya apakah pendapat mereka tentang usaha memboikot barangan Israel yang sedang dilakukan ummat Islam seluruh dunia sekarang?Ada yang memberi jawapan positif.Ya,kita harus boikot.Hanya dengan menggulingkan ekonomi mereka sahaja kita dapat menumbangkan laknat-laknat itu.(Memandangkan kita sedia maklum ummat Islam hari ini amat ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan,jadi untuk menandingi mereka melalui kehebatan sains dan teknologi saya rasa itu amat mustahil buat masa sekarang.)

Tapi apa yang kurang enaknya ada juga yang memandang sebelah mata dengan usaha yang dilakukan ini.Kata mereka,kalau boikot semua barang Israel kita nak makan apa?Nanti peniaga-peniaga Melayu jugak yang rugi?.Tapi bagi saya,saya boleh hidup tanpa barang Israel.Lagipun bukan Israel yang memberi saya makan.Malah,bukan Israel juga yang memberi rezeki ke atas peniaga-peniaga di Malaysia.Semunya dari Allah.Yang penting ikhlaskan segalanya.Orang yang berjihad di jalan Allah.pasti akan berada di bawah lindungannya.

Ada juga di antara mereka mempersoalkan,komputer yang kamu guna sekarang juga berasal dari Israel.Yahoo,google semua itu produk Israel.Saya teragak-agak untuk menangkis hujah mereka.Apa tidaknya saya sendiri sedang menggunakannya semasa menaip artikel ini.Tetapi setelah difikir-fikir,untuk memboikot teknologi ini agak mustahil.Tidak seperti produk-produk makanan yang lain kita boleh mencari alternatif lain untuk tidak membelinya.Contoh terdekat yang telah saya lakukan,saya tidak lagi membeli Milo tetapi memilih Vico.tetapi bagi komputer,Yahoo mahupun Google mungkin kita tidak dapat mencari alternatif lain.Mungkin hanya dengan teknologi ini sahaja kita dapat berhubung denagn dunia luar.Apatah lagi kita sering menghantar email-email dakwah kepada rakan kita.Dengan teknologi ini jugalah kita dapat melihat sendiri bagaimana penderitaan sahabat kita di sana.Jadi berdoalah,moga-moga nanti ada cerdik pandai Islam yang mampu mencipta teknologi canggih bagi menggantikan produk barangan Israel ini.

Dalam usaha saya memboikot barangan Israel,ada juga di antara rakan-rakan saya kedengaran seperti mengejek dan mempermain-mainkan usaha saya ini.Mungkin juga mereka menggangap itu sebagai gurauan manja.Tapi,maaf,saya tidak bertoleransi dengan gurauan bernada sinis walaupun kalian teman baik saya.Cuba bayangkan jika anda berada pada situasi saya,dimana saudara-saudara seagama anda disembelih hampir setiap hari,barangkali anda bisa mengerti.Biarpun anda bukan saudara seagama saya,tidak tercuitka hati anda melihat mereka?Tiadakah nilai kemanusian dalam diri anda?Ya,sudah pasti ada jika anda seorang manusia bukan binatang.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

AKU malu dengan saudara ku di Palestin






Aku malu denganmu saudaraku di Palestin
Sedang iramamu adalah bunyi peluru dan letupan
Align Centre
Aku asyik dihanyutkan lagu dan hiburan

Aku malu denganmu saudaraku di Palestin
Sedang lapar menjadi teman siang dan malammu
Aku membuang nasi yang ibu tanak untukku

Aku malu denganmu saudaraku di Palestin
Sedang darahmu membasahkan bumi kau terus gagah berlari
Aku menjerit terlolong ketika pacat menghisap darahku di kaki

Aku malu denganmu saudaraku di Palestin
Sedang tanganmu melontar batu kepada Zionis
Apabila melihatmu ada bangsaku yang tersenyum sinis



Perjuanganmu sudah berdekad
Penindasan kepadamu sudah berabad
Namun cita-cita mu mengejar jihad
Bukan sekadar untuk diucap
Kau pegang erat-erat
Kau berdiri rapat-rapat
Kau melangkah penuh semangat

Tapi kami di sini
Sekadar memerhati
Lemah dan daif sekali
Sedar saudaraku di zalimi
Tapi kami hanya memerhati

Aku malu denganmu saudaraku di Palestin
Lemahnya diri kami ini
Sekadar mampu memberi kata simpati
Sedangkan kami ada teknologi
Tapi kami takutkan Amerika dan Yahudi

Ya Allah
Palestin itu bumiMu sahaja
Bumi yang Kau turunkan rasul dan anbiya
Tanah suci yang menjadi saksi Malam Mulia
Israj Mi'raj terjadi di sana

Ya Allah
Kuatkan persaudaraan ini
Biar derita mereka kami dapat rasai
Biar sengsara mereka kami dapat hayati
Biar perit mereka dapat kami kongsi
Biar perjuangan mereka sama-sama kami di sisi

Ya Allah
Sedarkan kami yang lalai di sini
Dari tidak mengetahui Tanah Al-Quds terus dinodai
Dari sikap tidak endah yang telah lama mendiami
Dari takut dan waham akan musuh yang dilaknati

Saudaraku di Palestin
Perjuanganmu satu Jihad
Pengorbananmu kerana menuntut Syahadat
Kehidupanmu adalah untuk akhirat

Aku malu padamu saudaraku di Palestin
Kerana lemahnya aku
Doakan aku diizinkan satu masa
Aku ingin bersamamu di sana
Sehingga itu doakku kepadamu dan para syuhada
Agar kemenangan tiba
Dan tanah itu milik kita semula

Thursday, January 15, 2009

SIAPA YAHUDI?SIAPA ORANG ISLAM?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Tuesday, January 13, 2009

Bila Bulan Berbicara


Hari ini 15 Muharam..aku plan nak ambik gambar bulan pernama tapi malangnya malam ni bulan yang ditunggu2 tak muncul plak.puas aku teropong tapi tak nampak pun batang hidung dan telinganya.Aku tersangatlah frust tertonggeng2 sebab dari satu Muharam lagi aku duk perati bulan tu..tiap2 malam plak tu..!Tapi nak buat camne..dah ketentuan.Takpelah ambik gambar bulan 16 Muharam la..cantik jugak walaupon tak ekslusif skit.Heran jugak aku..nak kata mendung tak mendung,mungkin bulan bercahaya kat Kuala Terengganu je kot malam ni.Hehe..!Walaupun tak de bulan,tapi bintang kejora tetap ada.Subhanallah.Entah kenapa,sejak dua menjak ni,langit kelihatan cerah sangat dan bintang2 pun jelas kelihatan.Best nengok pemandangan malam.Rasa leher ni pon dah cam nak tercabut duk lenggok2 atas tiap2 malam.tapi nak buat camne,memang dah hobi aku sejak kecil.Bila tengok bulan rasa tenang je.Hurm..bila la aku boleh menjejakkan kaki ke bulan neyh..Insya allah akan datang!Amiiin.

Bila ku renung bulan hatiku bersuara
Bilalah aku dapat menggapai mu

Dan bulan juga berbicara

Masanya kan tiba

Rinduilah aku

Haha...sajak aku reka sendiri.Khas untuk bulan tercinta. Bulannn....aku mahu menyentuhmu



Monday, January 12, 2009

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Saturday, January 10, 2009

Ya Allah..selamatkan mereka...!

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin.

MUBARAK PERLU DI AJAR

oleh Maszlee Malek

Ramai yang terus mengutuk Israel…malah majoriti penduduk dunia, hatta penduduk AS yang kerajaan mereka menyokong penuh rejim tersebut. Pelbagai alasan tidak logik yang dikemukakan rejim Zionis di media-media barat tidak mendapat imbangan dari kenyataan di pihak Palestin sendiri. Malangnya, sudut yang terlindung di dalam siri ‘holocaust’ terhadap rakyat Gaza ini amat nyata. Rejim Husni Mubarak yang merupakan rakan utama Israel di dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dibiarkan sahaja.
Demo yang diadakan di negara-negara Islam langsug tidak menyentuh tentnag Mesir. al-Azhar dan para ulamanya diam membisu di atas dosa sang Presiden. Mufti Mesir juga hanya mampu melihat rakyat Gaza dibunuh dan disembelih.Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza.


Selagi Mubarak degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah, selagi itulah bantuan kemanusiaan tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!
Mubarak hanya tersenyum dan puas hati, kebenciannya terhadap rakyat Palestin dapat dipuaskan. Kemenangan HAMAS yang telah membawa kesan domino kepada kebangkitan rakyat Mesir telah berjaya diredakan. Mubarak bagaikan ingin mengajar dunia dan rakyatnya sendiri…inilah padahnya memilih arus politik Islam, inilah padahnya jika mencabar status-cuo para diktator di bumi Arab.


Mubarak adalah syaitan besar…syaitan yang dilindungi oleh para ulama pengampu dan hipokrit. Demo di hadapan kedutaan Mesir di seluruh dunia amat perlu memaksa mereka membuka pintu sempadan Refah. Memo kepada negara-negara OIC untuk menekan Mesir juga diperlukan. Tekanan politik agar Mubarak membuka pintu sempadan dengan negara-negara Islam memanggil pelajar-pelajar mereka juga perlu….

Moral Mesir dan al-Azhar akan jatuh jika para pelajar dari luar negara beramai-ramai meninggalkan bumi Mesir. Badan-badan fatwa dan para ulama di Malaysia juga mesti berani menyampaikan kata dua kepada Mubarak dan al-Azhar di dalam isu ini.Ini bukan isu main-main, rakyat Gaza sedang menantikan detik-detik kematian…doa dan kutukan sahaja tidak cukup.

Mubarak perlu diajar!



Tuesday, January 6, 2009

Ghaza Under Fire

Ghazza Under Fire
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: war israel)

Sunday, January 4, 2009

The Beach













Ini pantai kat kampung aku.
Tapi bukan terletak betul-betul kat kampung aku.
Kalau kat daerah aku pantai ni je lah yang ada untuk kitorang lepak2.
Taklah famous sangat tapi kalau nak berekreasi ngn keluarga tu boleh la sangat.
Tapi kat sini jarang orang mandi.
Sebab agak bahaya.
Ombak kuat sangat.
Aku pun tak pernah mandi,takut ditelan ombak.
Kami biasa pergi sini bila nak p cari remis.
Tapi sejak dua tiga tahun ni remis dah pupus.
2 3 jam cari cuma dapat anak remis je.
Ingatkan dapatlah dua tiga kilo.
Nak tak nak terpaksalah lepaskan anak remis tu.
Sian dia..dah la nak yatim.
Tak,setahun lagi bila dia dah besar aku tangkap dia balik.
Haha..kiJam wo..!
Actually,pantai bukanlah tempat favourite aku nak lepaskan tension.
Pertama sebab bising bunyi ombak.
Kedua sebab bila tengok pantai aku teringat tsunami.
Ketiga,aku tak suka pasir yang melekat2 kat kaki yang basah.
Anyway,dapat la jugak aku snap gambar senja di kaki langit kat sana.
Cantik..Subhanallah!




Saturday, January 3, 2009

AKU YANG COOL

Hari ini tersangatlah boring.

roomate aku sentiasa tiada dalam bilik.

Pastu takde sape plak nak teman aku pg makan.

Nasib baiklah ada Dayat ngan Aima.

Tu pun kami pg makan malam jerk.

Thanks la kowang ek walaupun terpaksa menunggu makanan aku lambat masak.

Kakak tu pun satu.

Kalau takde nasi gtau je lah.

Aku nak makan bukan nak tunggu kau masak nasi.

Soalnya..aku sebel bngat donk kak..


Hurm..dah lama tak jumpa Miemi.

maklumlah dah tak sebilik.

But i kept telling ma self

u can survive.
Sooner or later everything will be back to normal.

Fenny plak baru jerk sampai.

Haha..dia makin cantik..

n geboo siot

Dan semakin gembira.

Tak macam last day sem lepas.

Haha..hanya kami2 je y paham.


Tadi time makan ada jumpa coursemate aku.

Ada ke bleh dia tny nama aku ape...

sedey siot.

Xpe aku tak simpan dalam hati.

Aku cool je.

Cam water cooler.


Pagi tadi jugak kakak bilik aku ajak pg majlis.

Palestin We Care.

Aku SMS kawan2.

Sume xley pg.

So,aku pg je la sorang2.

Naseb baik ada kak Ida.

Tapi..hurm cam rusa masuk kampong plak bila menghadirkan diri dalam majlis camtu.

Sorang pun aku tak kenal.

Apalagi tersengeh2 la aku kat sane.

Tapi aku tetap cool


Tapi yang tak cool nye bila majlis tu batal.

Aku pun tak tahu kenapa..

Tapi apa yang aku dengar,HEP tak bagi buat.

Sebab dorang ingat nak buat demo.

putih mata je la

Apa punya penakut daa..

so,bila tak jadi kami solat jumaat je la kat sana.

Syoknya,ini kali pertama aku buat solat Jumaat.

Siap dengar khutbah lagi..

Aduhai...

cool nyer..


Ntahla..

sekarang aku rasa cam sunyi sangat

dah tak gembira cam dulu.

Cuma bila duk ngan Dayat je aku bleh gelak2 tgolek.

Nape eyh aku rasa cenggini.

Kobis pun da jarang mesej aku.

Syok la tu duk umah baru.

Sampai lupa bini lama.

Takpe2.

Puyu plak entah menghilang kemana.

Aku duk hoi2 pon tak menjawab.

Hurmm..dia kata aku threat di cam sampah.

Hello..sori.

aku ni bukan pemungut sampah..

apalagi sesumpah.

Aku ni cool.

Kalau awak letey kawan ngan saya tak payah kawan la

sy pun tak suka nyusahkan awak

lagipun awak tahu kan
saya ni cool
Tapi kan puyu
saya nak bagitau awak satu rahsia
meh nak ceghita
walaupun saya cool
tapi kadang2 saya pun nak jadi hot jugak


Friday, January 2, 2009

BERITA TAHUN BARU

SAMBUTAN TAHUN BARU DALAM DUA DEFINISI YANG BERBEZA

Pelakon, pembaca berita televisyen antara 26 ditahan positif dadah

Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam. Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan. Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu lalu.
Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pesta itu dihadiri kenalan pasangan berkenaan melalui jemputan khas dalam rangkaian laman web friendster. Menurut sumber, ketika serbuan tiga pasangan didapati berada di atas katil, manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar. Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara berumur 21 tahun turut ditahan kerana dipercayai menjadi pembekal dadah untuk pesta itu.

Artikel lebih menarik disini



Israel bom Gaza pada tahun baru



GAZA: Angka korban serangan Israel di Gaza mencapai 410, manakala 1,900 lagi cedera apabila pesawat negara Yahudi itu membuka lembaran tahun baru 2009 dengan meneruskan kempen pengeboman buat hari ke-6, semalam. Serangan udara terbaru Israel membunuh seorang daripada lima pemimpin utamanya, Nizar Rayan termasuk empat isteri serta empat daripada 12 anaknya. Pembunuhan Nizar dianggap membuktikan niat Israel menghapuskan pemimpin utama Hamas.





Rayan, 52, adalah profesor undang-undang Islam dan turut terbabit menyerang askar Israel. Malah, seorang anak lelakinya melakukan serangan bunuh diri menyebabkan dua pendatang Yahudi maut pada Oktober 2001. Di NEW YORK, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi tergempar selepas negara Arab mengemukakan resolusi mendesak Israel segera menamatkan serangannya, tetapi delegasi Barat menyifatkannya tidak seimbang malah mahu rundingan diteruskan. Dalam serangan hari ke-6 itu, pesawat Israel menyerang bangunan pentadbiran Hamas, manakala kereta kebal dan tenteranya berkumpul dekat sempadan. Akhbar Haaretz melaporkan, tentera Israel mensasarkan serangan balas darat besar-besaran dalam tempoh terdekat.

Khaibar khaibar ya Yahudi
Jundu Muhammad Saufa Ya’uud!!!
Khaibar Khaibar Ya Yahudi
Tentera Muhammad pasti akan kembali

Thursday, January 1, 2009

WeLCoMe 2009