Monday, September 1, 2008

Elergik benar dengar perkataan Islam

Assalamualaikum..

Para pembaca yang budiman,

Entahlah,kadang2 hairan dengan sikap orang kita yang cepat melatah tentang sesuatu isu.Nak kata tak paham,cerdik pandai belaka.Isu yang hendak diperkatakan di sini mengenai garis panduan pakaian wanita Islam iaitu larangan memakai gincundan berkasut tumit tinggi yang dikeluarkan Majlis Perbandara Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BI) baru2 ini.Menurut MPKB-BRI ia bukan arahan dan tiada kompaun dikenakan kepada mereka yang tidak mahu mematuhinya seperti yang dilaporkan sebuah stesen telivisyen dalam slot beritanya.Ia merupakn satu etika pakaian mengikut cara-cara Islam dan MPBI-BRI ingin menyampaikan sahaja.

Maka melentinglah sister in Islam(SIS).Mereka mengatakan tiada fakta yang menyokong dakwaan bahawa memakai gincu dan kasut tumit tinggi menyebabkan wanita dirogol.Bertambah biadap mereka mengatakan orang yang memakai tudung dan budak bawah umur pun kena rogol,apa kena mengena dengan kasut tumit tinggi?.

Teryata mentaliti wanita pantang ditegur dalam bab pemakaian.Jika memakai gincu merah menyala,kasut dua inci dan berjalan tertonggang-tonggek,bukankah itu mencuri perhatian lelaki namanya.

Tidak cukup denagn SIS ditambah pula kenyataan seorang menteri wanita yang dipetik dari sebuah akhbar menyatakan sepatutnya mereka (MPKB-BRI)perlu memberi keutamaan kepada isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan bagaimana mengani masalah sosial.Hmm..nampaknya wanta Isalm sendiri tidak menyokong tidak menyokong rancngan untuk mengangkat maruah kaum sendiri.Bagaimana?Itu sebabnya ketika kecoh isu 'pakaian sekolah seksi' tiada cadangan daripada mana-mana wanita yang menekankan pelajar wajib memakai tudung yang menutupi hadapan dan belakang badan sepenuhnya untuk mengelakkan pandangan sebalinya mereka berpendapat pakaian sekolah sekrang sudah cukup sopan.

Kenapa hal berkaitan pencegahan dengan pendekatan Islam tiada sambutan?.Bukankah pencegahan itu lebih baik dari rawatan?.Apabila berlaku jenayah rogol,seks rambang,penularan penyakt kelamin dan kelahiran anak luar nikah,kita lupa bahawa itulah kerosakan yang boleh dilihat akibat kedegilan dan kelalaian kita.Malangnya kita lebih senang menuding jari mencari kesalahan,sedangkan kita lansung tidak mengendahkan langkah pencegahan.Islam meletakkan garis panduan yang cukup cantik,susah sangatkah untuk mempraktikkannya?

wallahu'alam.Wa ilal liqa'

JAMILAH AINI MOHD RAFIEI
ainisrafie_dian@yahoo.com
MUSLIMAH,OGOS BIL 206

0 comments: